NourAin Beauty Care
(Product Recommended)
~Tak Kenal Maka Tak Cinta~
Tiada Pengelupasan , Perawatan 100% Semulajadi
NourAin Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nourain,menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.
Ciri-Ciri Product NourAin
* Berasaskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita
Semakin
hari permintaan pesanan untuk produk ini amat menggalakan. Rata-rata
pelanggan sangat berpuas hati dan akan repeat order lagi. Melihat
perkembangan klient, dengan perubahan penampilan yang lebih yakin dan
gembira.adalah satu kenangan manis buat saya kerana dapat membantu anda.
Penggunaan produk Set Lengkap Nour Ain akan membantu anda
~Memutihkan kulit wajah dan menjadi lebih cerah dan berseri-seri ~Menghilangkan masalah kulit berminyak pada muka
~Memudar dan menghilangkan jerawat, jerawat, parut, white head, black head & lingkaran gelap bawah mata
~Hilangkan bintik hitam, white head pada bahagian bermasalah (dahi / hidung)
~Kulit muka menjadi lebih licin & gebu
~Mengurangkan kedut dan tegang pada kulit muka
~Wajah nampak lebih 'glowing' dan cerah
~Keluar rumah tanpa perlu bermekap tebal
~Lindungi kulit wajah dari sinaran UV
~Menjadikan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenar
Produk Nour Ain adalah produk yang di luluskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
1. NOUR AIN BEAUTY SOAP (MAL06051051K)
2. NOUR AIN UV FOUNDATION (MAL05061050K)
3. NOUR AIN NIGHT CREAM (MAL06051049K)
4. NOUR AIN FRESHENER TONER (LOT110200692K)
5. NOUR AIN VIT-C SERUM (MAL07050521K)
6. NOUR AIN MULTI-V CREAM (NOT120600653K)
Gunakan tanpa was-was..
*Nour Ain.. Cahaya Keanggunan Sejati*
Trial Set :
1.Nour Ain Beauty Soap
2.Nour Ain UV Foundation (10gm)
3.Nour Ain Night Cream (5gm)
RM 56
* free pos semenanjung
* Sabah / Sarawak RM4
|
Complete Set :
1) SABUN (50GM)
2) UV FOUNDATION (10GM)
3) NIGHT CREAM (5GM)
4 ) TONER
5 ) SERUM
Harga 1 complete set
RM100 (sm) / RM110 (ss)
* free pos
Harga Borong :
min 3 set RM80/set
min 6 set RM75/set
min 12 set RM70 /set
Exclusive Set :
1 Beauty Soap :
1 UV + Foundation (15g)
1 Night Cream (10g)
1 Freshener Toner : 1pc
RM125
* free pos semenanjung
* Sabah / Sarawak RM4
Beauty Soap (50g)
RM14
* pos add RM6 / RM9
Kandungan : Water,Cocos Nucifera Oil,Olive Oil
*Bertindak sebagai agen pembersih
*Menjadikan kulit yang gebu dan lembut
*Penggunaan yang berterusan akan meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat
*Meresap jauh ke setiap liang roma untuk menyinkirkan kotoran yang terpendam
*Mengawal penghasilan melamin agar kulit cerah berseri
*Sesuai untuk lelaki dan wanita,remaja dan dewasa
Day Cream UV Foundation (10g)
RM30
* pos add RM6 / RM9
- Diperkaya dengan ramuan semulajadi
-
Gabungan rumusan pencerahan kulit serta perlindungan khusus UVA,
UVB
menghasilkan kulit wajah yang lembap, berseri, halus, gebu dan cerah
secara semulajadi
- Bertindak sebagai agen perlindungan sinar UV dan alas bedak
- Memperbaiki struktur kulit secara mendalam
- Sesuai bagi semua jenis kulit
- Cara penggunaan : ratakan krim keseluruh wajah atau bahagian yang
perlu pada siang hari (pagi & petang)
Night Cream (10g)
RM40
* pos add RM6 / RM9
*Sangat berkesan untuk meredakan,memudarkan dan menghilangkan jerawat juga jeragat dan anti kedutan
*Menolong masalah pori terbuka, bintik hitam putih dan kulit cela
*Menyingkirkan garis halus kusam dan tidak rata, tompokan gelap dan masalah kulit lain
*Sesuai untuk lelaki & wanita, remaja & dewasa
*Tanpa pengelupasan untuk kulit normal
Multi V Cream (10g) : HIGHLY RECOMMENDED
RM50
* pos add RM6 / RM9
*Menghilangkan garis-garis halus pada wajah
*Menambahkan kolagen pada kulit wajah
*Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
*Berfungsi sebagai antioksidan yang berperanan meremajakan kulit
*Sangat baik untuk kulit berminyak, whiteheads,blackheads,parut & Kulit kering
Cara pengggunaan :
Diselangselikan dengan penggunaan night cream
Vita - C Serum
(10ml)
RM22
* pos add RM6 / RM9
(30ml)
RM66
* pos add RM6 / RM9
*Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
*Mampu mengatasi masalah radangan kulit
*Menyediakan vitamin C semulajadi pada kulit yang tidak bermaya
*Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembap,bebas dari garis halus dan kedutan (anti
penuaan,tanpa suntikan)
*Cara Penggunaan:
Titikkan
beberapa titis pada tapak tangan, sapukan pada kulit yang bersih pada
seluruh
wajah dan leher, Birakan beberapa saat hingga meresap pada
seluruh kulit sepenuhnya.
Boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai
perawatan vitamin pada kulit
Freshner Toner
RM30
* pos add RM6 / RM9
Toner
boleh membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegarkan dan
menghaluskan kulit wajah, selain dirumus untuk menutup kembali liang
pori dang mendinginkan kulit wajah. Fungsi toner adalah untuk
membersihkan kulit wajah dan ianya dapat meresap jauh ke dalam epidermis
kulit, menutup kembali pori-pori kulit serta mengembalikan kelembapan
kulit wajah.
Testimonial terbaru..selepas 2 minggu menggunakan set 3in1 + toner + vit-c serum..wajah semakin berseri2.. terima kasih sudi kongsi gambar sebagai testimonial..
Tiada lagi masalah parut n jerawat tumbuh selepas menggunkan produk nie
... hasilnyeee hanya pkai dari 16/7/2012 hingga 3/9/2012 e2pn on off pkai almklum
xrajin sgt nk touchup memalam ni heheheh
jgn
terus setia pd produk y bahaya/tidak memberi kesan.. Dgn nour ain anda
boleh selesaikan apa saja masalah pada kulit wajah anda dengan selamat..
*gambar kurang sharpe coz telah di zoomkan.. Unedited..*
yakin & percayalah dengan NOUR AIN..
Lihatlah perubahan dalam tempuh sebulan
Lagi testimoni pengguna nour ain.. Anda masih ragu dengan produk terbaik ini? Buang jauh keraguan anda itu.. Ramai sudah terbukti!!
TIPS PENGGUNAAN SET NOUR AIN BEAUTY CARE
WAKTU SIANG
1) CUCI MUKA DENGAN SABUN HERBA NOUR AIN.
2) SPRAY TONER KESELURUH MUKA DAN BIARKAN MERESAP SEKETIKA DAN BERSIHKAN DENGAN KAPAS MUKA.
3) SAPUKAN 2-3 TITIK SERUM KE SELURUH WAJAH DAN BIARKAN MERESAP.
4) SAPUKAN NIPIS UV FOUNDATION DAN RATAKAN KESELURUHAN WAJAH ATAU BAHAGIAN YANG PERLU SAHAJA.
WAKTU MALAM
1) CUCI MUKA DENGAN SABUN HERBA NOUR AIN.
2) SPRAY TONER KESELURUH MUKA DAN BIARKAN MERESAP SEKETIKA DAN BERSIHKAN DENGAN KAPAS MUKA.
3) SAPUKAN 2-3 TITIK SERUM KE SELURUH WAJAH DAN BIARKAN MERESAP.
4) SAPUKAN NIPIS NIGHT CREAM KESELURUH WAJAH DAN LEHER.
CARA PENGGUNAAN MULTI -V CREAM -( DIJUAL SECARA BERASINGAN RM50(10gm) )
- DIPAKAI 2-3 KALI SEMINGGU
- SAPUKAN NIPIS PADA WAJAH DAN LEHER (MALAM SHJ)
**DI
SELANG SELIKAN DGN PEMAKAIAN NIGHT CREAM** CONTOHNYA MALAM NI ANDA SUDAH
MEMAKAI NIGHT CREAM,MLM ESOKNYA PAKAI MULTI VITAMIN CREAM..:-))
TIPS BERGUNA**
§ JIKA INGIN LEBIH JIMAT SABUN DIBELAH 4 (BOLEH THN 1 -1 1/2 bln)
§ JIKA
ANDA SEDANG MENGALAMI MASAALAH JERAWAT..KERAP CUCI MUKA,SELEPAS ITU
SAPUKAN SERUM DAN SAPUKAN NIGHT CREAM SHJ. (BOLEH CEPAT KECUTKAN JERAWAT
YG SEDANG NAIK.)
§ JIKA
ANDA TIDAK KELUAR RUMAH SELEPAS MENCUCI MUKA , SAPUKAN SERUM SAHAJA
TANPA MENGGUNAKAN UV FOUNDATION. (SERUM BERTINDAK SEBAGAI PERAWATAN
TERAPI KULIT DAN MEMBUATKAN KULIT LEBIH ANJAL, TEGANG DAN LEMBAB)
§ TIADA
MASAALAH UNTUK MENCUCI MUKA DGN SABUN NOUR AIN SEBERAPA KERAP KERANA
PRODUK INI TIDAK AKAN MENIPISKAN KULIT MUKA MALAH DENGAN PENGGUNAAN YG
KERAP AKAN DAPAT MEREDAKAN PERTUMBUHAN JERAGAT DAN JERAWAT. KULIT JUGA
AKAN TERASA LEMBUT DAN GEBU.:-)
FREQUENTLY ASKED QUSTIONS (FAQ) / SOALAN YANG SERING DIAJUKAN
1) Adakah produk NOUR AIN memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?
Jawapan:
Produk NOUR AIN amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan
cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan yang menyakitkan. Jangan
gunakan dalam kuantiti berlebihan. Cara pemakaian krim: sapu hanya 1
lapisan pada kulit. Jangan sapu berulang-ulang
pada kulit kerana yg meresap ke dalam kulit hanya lapisan pertama.
Untuk cepatkan kesan, semasa cuci muka, cuci dalam masa yang lama supaya
sel kulit mati jadi lembut dengan cara membuat putaran.
2) Berapa lamakah kesan yang bakal diperolehi oleh pengguna setelah menggunakan produk NOUR AIN?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada jenis kulit pengguna. Ada pengguna yang
memperolehi kesannya seawal 3 hari. Ada yang 2 minggu. Hasil maksimum
perawatan biasanya seawal 7 hari dan paling lambat 1 bulan dan
bergantung kepada jenis kulit, namun efek cerah dari pemakaian produk
NOUR AIN boleh dilihat pada minggu pertama pemakaian Bergantung juga
kepada cara penggunaan sama ada konsisten atau tidak.
3) Adakah ianya mampu menghilangkan jeragat?
Jawapan:
Ya. Produk NOUR AIN memang dirumus khas untuk menghilangkan jerawat,
jeragat, dan juga menyerikan kulit kusam, lesu, letih serta tidak
bermaya. Penggunaan serum vitamin c NOUR AIN bakal mengembalikan
keserian wajah dengan penggunaan set lengkap NOUR AIN. Biasanya jeragat
(yang nipis) lebih cepat kesannya berbanding jerawat kerana jeragat
melibatkan lapisan kulit yang paling atas. Bagi jeragat yang sangat
tebal, ianya mengimbil sedikit masa. Pastikan anda menggunakan Nour Ain
secara konsisten untuk mendapatkan hasil terbaik.
4) Adakah wanita hamil boleh menggunakannya?
Jawapan: Boleh. Kerana NOUR AIN adalah produk yg diluluskan KKM dan
bahan2 serta sukatan yang digunakan telah disahkan selamat digunakan
oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (sila rujuk no siri kelulusan KKM di
bwh) bahkan ianya mempunyai sijil halal. Sukatan serta kandungannya
tidak membahayakan mana-mana pengguna TERMASUK wanita hamil kerana ianya
diperbuat daripada herba-herba terpilih serta semula jadi.
5) Adakah produk NOUR AIN telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Jawapan: Ya. Produk NOUR AIN telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak-kotak
produk NOUR AIN seperti berikut:
a) UV+FOUNDATION - NOT110903959K
b) NIGHT CREAM - NOT120506492K
c) MULTI-V CREAM - NOT120600653K
d) BEAUTY SOAP - NOT120503661K
c) FACIAL TONER - NOT120905482K
d) VIT C SERUM - NOT120503660K
6) Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki?
Jawapan: Produk NOUR AIN sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki.
7) Dimanakan produk NOUR AIN diperbuat. Produk NOUR AIN Berasal dari mana?
Jawapan: Produk NOUR AIN adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya
diperbuat di Malaysia. Berasal dari Malaysia (bukan produk yang dibawa
masuk ke Malaysia & di rebranding/ repacking)
8) Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh kulit saya
sekiranya saya ingin bertukar dari produk lama kepada produk NOUR AIN
ini?
Jawapan: Ianya bergantung kepada keputusan pengguna sama ada ingin
bertukar terus daripada produk lama kepada produk NOUR AIN. Akan tetapi
kami biasanya akan sarankan rehatkan kulit anda sekurang-kurangnya 1
minggu sebelum mula menggunakan produk NOUR AIN kerana takut tindak
balas dari produk lama sekiranya produk lama mengandungi bahan kimia.
9) Adakah ianya sesuai untuk kulit berjerawat atau berjeragat?
Jawapan: Ianya sesuai untuk SEMUA jenis kulit sama ada yg berjeragat, berjerawat, kusam, letih, gelap atau tidak bermaya.
10) Bolehkah saya bermekap jika memakai UV Foundation?
Jawapan: Boleh. UV Foundation boleh dipakai di bawah lapisan foundation
yg anda suka (cth:naturactor atau yang lain-lain). Ini adalah kerana
tekstur uv foundation itu sendiri yg tidak tebal. Hanya sapuan nipis
diperlukan jika anda ingin menambah mekap anda.
11) Adakah produk NOUR AIN halal?
Jawapan: Produk NOUR AIN adalah 100% halal kerana bahan-bahan dalam NOUR
AIN adalah 100% Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaitun serta tumbuhan yang
asli. Tiada campuran bahan lemak haiwan atau unsur plasenta haiwan atau
manusia atau yg seumpama dengannya.
12) Adakah produk NOUR AIN boleh hilangkan jerawat?
Jawapan: Ya. NOUR AIN boleh hilangkan jerawat & bekas-bekas jerawat.
Tetapi, bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk, pakai nour ain
secara konsisten untuk kesan yang maksima. Lain-lain punca seperti
stress atau period boleh juga menyebabkan jerawat. NOUR AIN adalah
produk untuk kecantikan luaran sahaja. Pengguna dinasihat menjalani
kehidupan dengan diet sihat untuk mengekalkan kecantikan diri.
13) Rasa gatal masa mula-mula menggunakan produk NOUR AIN? Adakah ini normal?
Jawapan: Rasa gatal tidak akan terasa oleh semua pengguna. Pada
kebiasaannya rasa gatal akan terasa pada pengguna yang mempunyai kulit
yang nipis atau sering bertukar-tukar produk kecantikan. Ini kerana
bahan kimia produk yang digunakan terdahulu akan tersimpan di bawah
epedermis kulit. Ketika pemakaian NOUR AIN, produk NOUR AIN akan
bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan inilah yang menyebabkan
kegatalan. Ada juga pengguna yang akan mendapati kulit muka akan keluar
ruam-ruam halus, namun disaran meneruskan penggunaan produk NOUR AIN.
InsyaAllah dalam masa 14 hari, akan nampak perubahan.
14) Adakah boleh memaikai Bedak Ketika Menggunakan Produk NOUR AIN?
Jawapan: Boleh
15) Adakah boleh memakai scrub ketika menggunakan produk NOUR AIN?
Jawapan: Boleh.
16) Adakah boleh kena matahari ketika menggunakan produk NOUR AIN?
Jawapan: Boleh.
17) Adakah produk NOUR AIN berbahaya?
Jawapan:Tidak. Produk NOUR AIN dirumus menggunakan herba-herba terpilih
dan sama sekali tidak menggunakan MERCURI atau HYDROQINOIN.
18) Adakah perlu penggunaan berterusan?
Jawapan: Terpulang kepada pengguna. Tetapi disaran untuk terus
menggunakan produk NOUR AIN kerana kulit muka mungkin akan kembali
kepada warna asal dan tanpa penggunaan produk NOUR AIN, besar
kemungkinan sel mati akan kembali menempel pada kulit yang akan
menyebabkan kulit menjadi kusam.
19) Sekiranya berhenti menggunakan produk NOUR AIN adakah ianya akan meninggalkan kesan sampingan?
Jawapan: Tiada. Tetapi kulit secara beransur-ansur akan kembali kusam kerana sel kulit mati yang menempel di kulit.
1 COMPLETE SET RM108
HARGA TIDAK TERMASUK KOS POS
HARGA:
1 COMPLETE SET RM108
1 EXCLUSIVE SET RM127
1 BASIC SET RM54
1 SABUN RM16
1 MULT V CREAM RM50
1 UV CREAM RM30
1 SERUM 10ML RM24
1 SERUM 30ML RM66
1 TONER RM30
1 BODY MIST RM62
HARGA TIDAK TERMASUK KOS POS
************************************************************************
HOW TO ORDER
SILA ISIKAN Order Form
@ whatsapp/viber/telegram/sms 0123645407
@ Email : idayu2510@gmail.com
Facebook
Tunggu reply dari kami
penghantaran cepat dari kami
by poslaju isnin hingga sabtu
HOW TO ORDER
SILA ISIKAN Order Form
@ whatsapp/viber/telegram/sms 0123645407
@ Email : idayu2510@gmail.com
Tunggu reply dari kami
penghantaran cepat dari kami
by poslaju isnin hingga sabtu
No comments:
Post a Comment